YAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Alor Setar menghantar dua kumpulan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai, dekat sini.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menghantar empat jentera tangki air berkapasiti 20,000 liter setiap satu ke kawasan yang berdepan krisis air bagi membantu penduduk terjejas. Pengarah JBPM Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, misi bantuan kemanusiaan ini bertujuan meringankan beban penduduk berikutan masalah ketiadaan air yang berlarutan sejak Isnin lalu.
KUALA TERENGGANU - Seramai 10 penyelam terlatih bergadai nyawa kerana perlu berdepan pelbagai risiko sepanjang proses membaiki kebocoran paip pada kedudukan 18 meter di dasar Sungai Terengganu. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu (SATU), Burhanuddin Helmi Mohamed@Harun berkata, keadaan arus deras dan cuaca tidak begitu baik menyukarkan kerja-kerja membaiki kerosakan paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) itu.