Ebit hargai sokongan misi bantuan ke Gaza
A
A
SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan menghargai sokongan orang ramai membantu mempermudahkan bantuan kepada penduduk Palestin.
Menerusi perkongsian di Facebooknya pada Isnin, Ebit memaklumkan misi kemanusiaan itu berjalan lancar. Syukur pada ALLAH SWT, team kami berada di Gaza, Palestin. Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, kami adalah kumpulan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan ALLAH SWT supaya lebih ramai dapat dibantu, tulis Ebit.