HTAR Klang ubah asrama doktor pelatih jadi wad Covid-19
A
A
KLANG - Pemindahan doktor pelatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dari Asrama Doktor Pelatih Blok A dan B ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) bertujuan mengoptimumkan penggunaan fasiliti itu yang berfungsi sebagai wad Covid-19 berisiko rendah.
HTAR Klang dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat semasa lawatan Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi bersama Unit Pembangunan, Jabatan Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Fasiliti Hospital ke Asrama Doktor Pelatih Blok A pada 5 Julai lalu.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan lawatan itu, Pengarah telah membuat keputusan untuk menukar fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih sebagai Wad Covid-19 kategori satu dan dua.