ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap Satu berikutan banjir buruk yang melanda sejak Rabu.
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sehubungan itu semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.