comparemela.com

Latest Breaking News On - Department healthi security worker - Page 1 : comparemela.com

4 premis diarah tutup, 77 kompaun dikeluarkan di Johor

4 premis diarah tutup, 77 kompaun dikeluarkan di Johor A A JOHOR BAHRU - Sebanyak empat premis diarahkan tutup serta-merta dan 77 kompaun bernilai RM770,000 dikeluarkan dalam Op Patuh kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor dalam tempoh dua hari, bermula Jumaat. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 22 operasi dijalankan di seluruh Johor, dengan kekuatan keseluruhan 503 orang, terdiri daripada 322 pegawai dan anggota polis serta 181 penguat kuasa dari agensi-agensi lain. Menurutnya, daripada 77 kompaun yang dikeluarkan, 48 dikenakan kepada perbadanan (pemilik premis) dan 29 kepada pekerja dan pelanggan. Ayob Khan Sepanjang tempoh dua hari operasi, 120 premis telah diperiksa. Penekanan operasi adalah kepada premis-premis kilang yang beroperasi yang mana daripada jumlah tersebut, 100 kilang telah diperiksa.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.