PARIT BUNTAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak memantau penjualan pelitup muka tiruan termasuk secara dalam talian bagi memastikan tidak berleluasa di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, langkah itu perlu bagi membendung penjualan pelitup muka tiruan yang boleh membahayakan pemakainya kerana boleh terdedah terhadap penularan Covid-19.