KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Walaupun pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tidak dapat diadakan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana ancaman pandemik Covid-19, kehangatan dan momentum sambutannya masih dirasai setiap lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Pelancaran sambutan peringkat kebangsaan yang pada mulanya dirancang diadakan di Terengganu terpaksa diubah ke Wisma Berita, Angkasapuri di Kuala Lumpur, yang diadakan secara maya dan tertutup dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.