35 individu jalani ujian saringan positif Covid-19
A
A
GEORGETOWN - Seramai 35 daripada 1,695 individu yang menjalani ujian saringan pada Program Penang Saring Covid-19 (PSC-19) anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang disahkan positif wabak itu.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeeep Singh Deo berkata, kesemua yang positif itu tidak menunjukkan sebarang gejala berkaitan.
Menurut beliau, jumlah mereka yang positif itu dikesan di tiga lokasi PSC-19 yang dijalankan sebelum ini selama tiga hari iaitu di Stadium Bandaraya, Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony di Seberang Jaya dan Dewan Besar Sungai Dua. Pelaksanaan PSC-19 ini adalah usaha untuk kita mengesan mereka yang positif, namun tiada gejala. Apabila kita dapat mengesan mereka ini di dalam komuniti, maka kita dapat menghalang wabak ini merebak.
Peniaga di Seberang Perai dinasihat jalani saringan di PSC-19
A
A
SEBERANG JAYA - Semua peniaga di kawasan Seberang Perai diminta membuat ujian saringan Covid-19 pada Program Penang Saring Covid-19 (PSC-19) yang diadakan dua hari di dua lokasi bermula Sabtu.
Lokasi pertama adalah di Dewan Sukan dan Rekreasi Sony, manakala pada Ahad di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth yang bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis pada Jumaat yang meminta agar peniaga di kawasan seberang hadir ke program saringan secara percuma itu.
Menurut beliau, dengan menjalani ujian saringan, ia menambahkan keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan peniaga kerana mereka antara golongan yang sering berdepan dengan orang ramai.