comparemela.com

Latest Breaking News On - Corruption according to perspective religion - Page 1 : comparemela.com

Agamawan benteng pertama lindung masyarakat daripada rasuah

Agamawan benteng pertama lindung masyarakat daripada rasuah A A SHAH ALAM - Agamawan merupakan benteng pertama melindungi rakyat daripada amalan rasuah yang merosakkan kehidupan rakyat dan negara. Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (KDMRS Muslim), Nicholas Sylvester berkata, ahli agama merupakan individu dan kumpulan masyarakat yang berperanan besar dalam meletakkan nilai asas kepada penganut agama masing-masing. “Mereka yang meletakkan asas kehidupan untuk penganut agama mereka dengan mengajarkan untuk membezakan antara yang halal dan yang haram, yang boleh dan yang tidak boleh serta yang baik dan tidak baik. “Kalau agamawan kita tidak dapat meletakkan asas yang baik kepada penganut agamanya, maka kita sudah gagal di benteng yang pertama,” katanya dalam program ‘Interfaith Dialogue: Rasuah Menurut Perspektif Agama’ secara dalam talian pada Sabtu.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.