Mingguan Wanita
Sumber Foto : Instagram Haris Ismail
Pandemik Covid-19 dan juga PKP 3.0 menyebabkan ramai yang kesempitan. Oleh itu, pelbagai usaha dibuat bagi membantu golongan memerlukan termasuklah kempen kibarkan bendera putih bagi mengesan mereka yang berada dalam kesusahan.
Dek kerana itu juga pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz yang juga sumi kepada Neelofa baru-baru ini terpanggil membantu 110 keluarga kurang berkemampuan di Taman Jinjang Baru.
Bukan Hanya Bantu Keluarga Kibar Bendera Putih
Bersama NGO, Pertubuhan Kasih Neelofa, PU Riz telah menyalurkan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan asas harian kepada keluarga terpilih.
Malah PU Riz turut menjelaskan tidak hanya membantu keluarga yang mengibarkan bendera putih, tetapi juga penduduk lain di kawasan setempat.
Siti Nurhaliza Ringankan Beban Keluarga Punya Anak Kecil Hari Ini Kita Terus Kuat Bersatu mingguanwanita.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from mingguanwanita.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Mingguan Wanita
Sumber/Sumber Foto: Instagram Altimet
Murninya usaha yang dilakukan oleh penyanyi dan komposer Altimet ini. Seperti mana kebanyakkan kebanyakkan rakan selebriti yang lain, Altimet juga tidak terkecuali turut menggerakkan usaha yang sama menerusi sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan Jumaat ini.
Antara kerja-kerja sosial yang dilakukan oleh Altimet sebelum ini.
Altimet Berhajat Meronda Setiap Hari Jumaat
Ternyata kempen Bendera Putih terus menarik perhatian ramai apabila pelbagai pihak tampil ke depan untuk membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.
âJumaat ini, saya dan seorang rakan akan meronda sekitar Kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak mencari kibaran bendera putih.
Mingguan Wanita
Sumber Foto: Instagram Muna Shahirah
Menyentuh tentang PKP penyanyi, Muna Shahirah, 27 juga akui keadaan semasa menjejaskan sumber pendapatan banyak pihak termasuk dirirnya. Namun dalam situasi sebegini menurutnya kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam satu bidang sahaja.
Ini kerana jika kita terlalu bergantung dalam bidang nyanyian sahaja tentu kita akan rasa sangat tertekan.
âSejak PKP tawaran show dah tak ada, program tv dan lain lain juga terbatas, ini sangat menjejaskan pendapatan anak-anak seni seperti saya.
âNamun saya bersyukur kerana sejak PKP 1.0 lagi saya telah berjinak jinak menceburkan diri dengan GAME PUBG. Pada mulanya sekadar suka suka main di telefon saja. Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui youtube tanpa bimbingan sesiapa.
Mingguan Wanita
June 30, 2021
Selebriti popular Datin Hajah Fouziah Gous begitu sedih apabila melihat bendera putih. Dek kerana itu juga seperti mana warga Malaysia yang lain, Fouziah turut sama mahu membantu individu atau keluarga yang terkesan.
Kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya terputus bekalan makanan mendapat perhatian warganet.
Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat bagi membantu individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 namun malu menyatakannya secara terbuka.
Ia juga diharapkan memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling supaya dapat membantu mereka yang memerlukan dalam apa-apa bantuan dengan kadar segera.
Fouziah Gous Sedih Sampai Tak Boleh Kawal Air Mata