comparemela.com

Latest Breaking News On - Congress union workers insidea public - Page 2 : comparemela.com

PEMULIH melegakan rakyat

PEMULIH melegakan rakyat Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bernilai RM150 bilion, Isnin lalu. Ini sekali gus, menjadi pakej bantuan kelapan sejak berlakunya pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih setahun lalu, dengan nilai keseluruhan RM530 bilion. Tiga fokus utama kerajaan melalui PEMULIH ini iaitu pertama, Agenda Prihatin Rakyat sebanyak RM57.6 bilion. Kedua, Menyokong Perniagaan bernilai RM41.4 bilion dan ketiganya, Meningkatkan Vaksinasi sebanyak RM1 bilion. Dalam nilai RM150 bilion itu termasuk suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion bagi bantuan menyeluruh kepada rakyat Malaysia yang sedang menghadapi kesusahan akibat pandemik tersebut.

Pemulih: Inisiatif yang mendengar denyut nadi suara hati rakyat : Cuepacs

29 Jun 2021 / 08:00 H. KUALA LUMPUR: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan semalam merupakan inisiatif yang mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat yang begitu terkesan dengan masalah kewangan dan kehilangan punca pendapatan. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam satu kenyataan berkata pembentangan pakej bernilai RM150 bilion itu secara jelas menunjukkan tiada pihak yang terpinggir dan tertinggal sama ada golongan B40, M40 serta T20. “ Antara perkara yang menggembirakan rakyat ialah pelaksanaan moratorium pinjaman selama enam bulan kepada semua individu tanpa syarat membolehkan rakyat merancang semula kewangan keluarga masing-masing tanpa perlu bimbang dikejar oleh pihak bank,” menurut kenyataan itu.

Pemulih dengar suara hati rakyat: Cuepacs

Pemulih dengar suara hati rakyat: Cuepacs
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.