SHAH ALAM – Sebanyak dua projek perkilangan bagi sektor pembuatan peralatan perubatan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM26 juta bagi tempoh Januari sehingga Mac tahun ini. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim berkata, daripada jumlah itu, sejumlah RM14 juta pelaburan produk berkenaan melibatkan pelaburan tempatan manakala RM12 juta pula membabitkan pelaburan asing. Beliau berkata, mengikut kelulusan dibuat oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sektor pembuatan peralatan perubatan merupakan salah satu industri di bawah produk Scientific & Measuring Equipment.