Tiba-tiba dengar dah sampai
Team ustaz Ebit Lew ada hubungi saya untuk sampaikan sumbangan di bumi Gaza. Tapi bila kita dah bagi proposal tidak dibalas. Tiba-tiba saya dengar mereka dah sampai di Cairo. Bila mereka sampai di Cairo, mereka telah menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana nak masuk. Kami beritahu memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan terus buat kerja.
Menurut Nadir, semua negara mempunyai tuan rumah, badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat zakatnya sendiri. Jadi, kaedah yang dilakukan oleh Ustaz Ebit dan pasukannya dipercayai tidak tersusun semasa melakukan misi kemanusiaan tempoh hari. Ujar Nadir, niat ustaz tersebut dan pasukannya sudah betul. Cuma, pasukan Ustaz Ebit didakwa perlu lebih ‘berorganisasi’. Nadir juga memberitau dia tidak menyalahkan Ustaz Ebit dalam isu tersebut.
‘Hilang respect pada you’
Menerusi perbualan Live Instagram tersebut, Sharnaaz menasihati Caprice supaya tidak memperbesarkan isu berlaku di Palestin sehingga ianya mengundang perhatian rakyat Malaysia. Malah, tindakan yang dilakukan Caprice itu membuatkan Sharnaaz dan segelintir rakyat Malaysia hilang rasa hormat kepadanya setelah didakwa memburukkan seseorang yang dikenali ramai.
Untuk membuat kerja secara ikhlas, there is b bro untuk orang selalu buat. Tetapi kena faham, di belakang dia orang ada yang sokong mereka. So, apa yang kau nampak di sana, kau tak puas hati. Kau rasa benda tu tak sepatutnya begitu. Kena faham itu adalah bagaimana kerja media dilakukan.
Awak ada misi yang baik, awak tahu apa yang awak mahukan. Secara peribadi, aku kenal kau. Ada benda kau cakap pakai otak. Tapi tiba-tiba awak cuba untuk buat benda yang kita orang hilang hormat pada awak. Tolong jangan buat begitu.
Saya tak boleh tidur
Salam guys, dah pukul 3 pagi saya tak boleh tidur. Ada orang kata saya alami masalah mental. Bagi saya ianya berkaitan jihad sebab siapa-siapa yang kenal Caprice sebelum ni, mereka tahu saya akan jadi gila apabila mereka sentuh soal jihad dan Gaza. Kita jadi orang lain dan badan tak boleh bawa bincang. Saya minta maaf. Cuma saya tak sangka seorang sahabat lama saya tiba-tiba senyap dan tak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.
Benda kecil saja. Saya tak tahu sebab apa. Saya rasa saya dah tahu sekarang, saya sangat sedih dan berharap hubungan kita kembali pulih semula tanpa campur tangan politik dan orang lain. Kalau kau fikir balik, bayangkan kita masuk Gaza sama-sama. Mesti indah kan tanpa rakyat sedar. Saya tak mahu tunjuk Whatsapp dengan ustaz lagi.
Stand strong brother!
Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan.
Di Facebook, Firdaus yakin Caprice seorang yang tabah apabila menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat. Tambahnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.
Hidup ini sering menghadirkan pilihan buat setiap insan. To go with the flow and the crowd maka hidup akan disukai insan lain atau to go with the truth and principle dari Quran & Sunnah yang mungkin menyebabkan kita head on collision dengan public figure yang disukai sehingga kita akan dicaci dan dihina? Saya lebih memilih to go with the truth and principle. Nak play safe dan mendiamkan kemungkaran bagi saya bercanggah dengan best practice ajaran Nabi Sal
Tak Ada Siapa Pertikai 10000001 Benda Baik Yang Dia Buat – Caprice ohbulan.com - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from ohbulan.com Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.