SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 135 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyatakan pendirian dan solidariti sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengekalkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN). Gabungan tersebut dalam satu kenyataan bersama menyatakan, pendirian itu berasaskan kepada beberapa perkara termasuk menjunjung tinggi perkenan Seri Paduka Baginda atas kepercayaan Muhyiddin masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan mengetuai pentadbiran kerajaan.