395 individu diperiksa, tiga warga asing ditahan
A
JEMPOL - Tiga warga asing ditahan dalam Op Patuh Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada Khamis selepas didapati tidak mempunyai permit kerja yang sah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, ketika pemeriksaan, individu berkenaan bertindak menyembunyikan diri di belakang premis bagi mengelak ditahan namun taktik itu tidak berhasil. Sebanyak empat buah kilang, empat asrama pekerja dan beberapa buah premis perniagaan melibatkan 395 individu diperiksa dan tiga daripadanya ditahan dalam operasi yang bermula jam 2 petang itu. Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Jempol untuk dokumentasi dan tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.