Suryani janji bidikan terbaik
A
FAKTOR kekurangan kejohanan menembak yang disertai ekoran pandemik Covid-19 tidak menjejaskan semangat atlet menembak negara, Nur Suryani Taibi untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula pada 23 Julai ini.
Menurut Nur Suryani, dia melihat faktor itu sebagai cabaran dan berusaha memperbaiki bidikannya untuk lebih bersedia menghadapi temasya terbesar dunia itu. Walaupun tiada kejohanan besar, saya sentiasa bersedia dengan sesi latihan dan saya sendiri tidak terkejar-kejar untuk buat latihan yang drastik. Saya sedang kekalkan apa yang saya buat dan fokus kepada teknik dan taktikal di padang sasar. Saya juga tahu banyak negara yang aktif menyertai kejohanan dengan baru-baru ini ada Piala Dunia di Croatia dan mungkin mereka lebih bersedia. Tetapi, saya tidak mahu ambil peduli mengenai negara lain dengan apa yang penting adalah persembahan saya kerana sukan menembak ini kita fight dengan diri kita sendiri bukan dengan orang lain.