BERLIN - Bekas Menteri Komunikasi dan Teknologi Afghanistan, Syed Ahmad Saadat yang memiliki dua ijazah sarjana kini bekerja sebagai penghantar makanan piza di bandar Leipzig, Jerman. Beberapa gambar yang disiarkan oleh media-media tempatan menunjukkan beliau yang memiliki ijazah sarjana Komunikasi dan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Oxford, England mengayuh basikal untuk menghantar makanan di bandar berkenaan menjadi tular baru-baru ini.