Tersentuh tengok semangat luar biasa warga emas terima vaksin
A
A
KUANTAN - Berdepan pelbagai karenah masyarakat terutama warga emas yang teruja untuk menerima suntikan vaksin antara rutin dilalui Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), Sungai Lembing Muhammad Ridzal Sukimi.
Rumahnya sentiasa dikunjungi penduduk terutama warga emas yang menghadapi masalah membaca untuk mendapatkan pengesahan maklumat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang disangka panggilan menerima vaksin Covid-19.
Menurutnya, apabila diperiksa, SMS berkenaan sekadar informasi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung vaksin dan bukan panggilan untuk menerima suntikan. Ada juga yang menyangka pesanan untuk peringatan tambah nilai daripada syarikat telco pun sebagai mesej panggilan untuk vaksin, katanya.
KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di bawah Mukim Ulu Kuantan mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pendaftaran Imunisasi Covid-19 Mukim Hulu Kuantan bagi menjayakan program vaksinasi dalam kalangan penduduk Sungai Lembing dan kampung sekitarnya.