Kami sudah tak larat hadapi masalah pencemaran
A
A
PASIR GUDANG - Lebih 500 penduduk merayu jabatan dan agensi berkaitan supaya segera mengatasi masalah pencemaran bahan kimia di Sungai Kopok, Kampung Perigi Acheh di sini yang didakwa sudah tujuh kali berlaku dalam tahun ini.
Ketua Kampung Perigi Acheh, Othman Adon berkata, dua pencemaran berlaku pada Mei, tiga kali pada Jun manakala dua lagi dalam bulan ini dengan yang terbaharu pada Khamis lalu berpunca daripada sisa buangan dari Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat. Kami sudah tidak larat. Setiap kali pencemaran air sungai akan hitam dan berbau, ratusan ikan, udang serta ketam mati, begitu juga ternakan kupang sehingga menyebabkan penduduk kerugian.
70 nelayan terjejas bahan kimia dibuang di sungai, laut sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.