comparemela.com

Latest Breaking News On - Clusters street pious - Page 1 : comparemela.com

Peningkatan kes gambaran penduduk tidak patuhi SOP | Daily Express Online

Published on: Sunday, July 25, 2021 By: Anthea Peter Text Size: Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan rekod baharu apabila jumlah kes Covid-19 melonjak kepada 712 pada Sabtu, berbanding 516 pada Jumaat, sementara lapan kematian dicatatkan – tiga di Sandakan dan satu masing-masing di Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Tawau dan Beluran.  Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun (gambar) berkata 53.8 peratus daripada jumlah kes adalah kontak rapat (383 kes) yang mungkin menunjukkan penduduk negeri ini masih tidak mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu. “Peningkatan kes ini menggambarkan bahawa ramai masih tidak mematuhi sepenuhnya SOP. “Ketika ini kita (Sabah) berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi kawalan pergerakan antaranya memastikan sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemulihan,” kata Masidi, pada Sabtu.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.