Bekas guru vokal raih pendapatan enam angka jual yogurt
A
A
KOTA BHARU - Keputusan seorang bekas guru vokal mengubah kerjaya menjadi pengusaha sebuah kafe yogurt beku dinamakan Froogurtz, telah membuahkan hasil lumayan apabila perniagaannya itu meraih keuntungan mencecah RM100,000 sebulan.
Bercakap kepada Bernama, Mohamad Hafizuddin Che Soh, 29, nekad kembali menetap serta mencari rezeki di tempat kelahirannya di sini setahun lepas, apabila terpaksa berhenti sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur susulan institusi pendidikan itu terkesan oleh pandemik Covid-19. Saya mengajar di sekolah itu bermula 2018 hingga pertengahan tahun lepas. Namun, apabila Covid-19 melanda dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan pada Mac tahun lepas, sekolah terpaksa ditutup dan menghentikan sementara khidmat guru-guru kontrak termasuk saya.
Pelantikan Amrin terajui TH tepat sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.