KOTA BHARU - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan membincangkan cadangan supaya penjawat awam dari agensi lain dapat membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara. Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, pihaknya akan membincangkan cadangan berkenaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga kerajaan negeri.