Covid-19: Balai Polis Lukut ditutup tujuh hari
A
A
PORT DICKSON - Balai Polis Lukut diarahkan tutup sementara oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson selama tujuh hari bermula Sabtu selepas terdapat kes positif Covid-19.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penutupan sementara ini berikutan terdapat tiga anggota balai tersebut dikesan positif Covid-19 selain melaksanakan proses sanitasi. Ekoran penutupan Balai Polis Lukut, semua proses pentadbiran serta lain-lain adalah dihentikan sementara bermula Sabtu. Orang awam yang mempunyai urusan di balai polis tersebut dalam tempoh ini diminta ke Balai Polis Port Dickson atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.