Adik Siti Kharina menangis, syukur keputusan mahkamah
A
SHAH ALAM - Adik kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang yang menjadi mangsa bunuh menangis sejurus Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki warga Nigeria pada Rabu.
Khairani Mohd Kamarudin, 38, yang merupakan adik kepada mangsa, Siti Kharina Mohd Kamarudin memanjatkan rasa syukur kerana keadilan akhirnya berpihak kepada keluarganya.
Menurutnya, keputusan mahkamah itu memberi kelegaan kepadanya kerana dia sentiasa berdoa agar kebenaran dapat dibuktikan. Tidak kisahlah, dia menang atau kita menang, maksudnya yang penting keadilan. Selama ini pun kita doa keadilan didedahkan. Diharapkan inilah keadilannya, katanya ketika ditemui di luar mahkamah di sini pada Rabu.
Mayat Jururawat Hilang Ditemui Dipercayai Dibunuh ohbulan.com - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from ohbulan.com Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.