Gabungan NGO tolak syarat UEC permohonan ke IPG
July 16, 2021
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan graduan atau lepasan peperiksaan
Unified Examination Certificate (UEC) untuk diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) walaupun bagi mengambil kursus Bahasa Cina sahaja.
Menurut gabungan NGO dalam satu kenyataan bersama, UEC bercanggah dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Malah, kata mereka UEC diurus tadbir oleh badan swasta secara sewenangnya yang tidak diiktiraf dan amat diragui kualitinya.
Advertisement
“Ini berbeza daripada sijil SPM yang diurus oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
“Majoriti badan bukan kerajaan (BBK/NGO) sebelum ini telah dengan tegas menolak pengiktirafan UEC dalam beberapa perbincangan terperinci meja bulat antara kementerian dengan BBK semenjak tiga tahun yang lalu.