comparemela.com

Latest Breaking News On - Center convention sq ft - Page 1 : comparemela.com

Utamakan ibu mengandung terima vaksin: Rina Harun

PARIT - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggesa agar ibu mengandung diberi keutamaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko jangkitan virus berkenaan kepada wanita hamil dan anak dalam kandungan susulan beberapa kes positif Covid-19 yang telah dilaporkan membabitkan golongan itu sebelum ini.

Pfizer, Sinovac, AZ sesuai untuk ibu mengandung

Cadangan ibu divaksin selepas bersalin di hospital

27 Jun 2021 / 13:55 H. -Bernama PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan supaya para ibu yang bersalin di hospital diberikan suntikan vaksin Covid-19 sebelum pulang ke rumah. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun ( pix) berkata langkah itu bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin, namun perlu berdasarkan nasihat daripada pakar. “Saya nak cadangkan agar ibu-ibu selepas bersalin dapat diberikan vaksin di hospital sekiranya bersesuaian.maknanya, tidak perlu balik ke rumah dan kena datang semula ke PPV (pusat pemberian vaksin) untuk dapatkan vaksin. “Namun, semuanya bergantung kepada pakar sekiranya dirasakan sesuai berbuat demikian,” katanya selepas meninjau proses vaksinasi ibu mengandung di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.

Kerajaan umum bantuan lebih komprehensif esok atau Selasa

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merang.

Kerajaan umum bantuan lebih komprehensif esok atau lusa: Muhyiddin

Kerajaan umum bantuan lebih komprehensif esok atau lusa: Muhyiddin A PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.