comparemela.com

Latest Breaking News On - Caves total - Page 3 : comparemela.com

926 penduduk di PKPD Apartmen Damai positif Covid-19

926 penduduk di PKPD Apartmen Damai positif Covid-19 A A PETALING JAYA - Seramai 926 penduduk didapati positif Covid-19 menerusi saringan yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Apartmen Damai, PJS 8 di sini. Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, jumlah jangkitan tersebut merupakan angka yang tertinggi pernah dicatatkan dalam kawasan lokaliti PKPD yang dikuatkuasakan di daerah Petaling. “Keputusan saringan mendapati 926 atau 40 peratus daripada 2,323 orang yang menjalani calitan jenis reaksi rantai polimerase (PCR) adalah positif Covid-19. “Untuk makluman, sejak Januari terdapat 303 kes positif (terkumpul) sedia ada di sini. Selepas PKPD maka jumlah keseluruhan ialah 1,229 kes,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar penamatan PKPD di sini lewat malam Ahad.

64 pekerja, peniaga Pasar Besar Seremban positif Covid-19

64 pekerja, peniaga Pasar Besar Seremban positif Covid-19 A A SEREMBAN - Seramai 64 pekerja dan peniaga di Pasar Besar Seremban disahkan positif Covid-19 menerusi saringan secara meluas (mass screening) yang diadakan pada Sabtu. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, seramai 676 individu melakukan saringan yang diadakan di pekarangan Pasar Besar Seremban pada jam 2 hingga 7 petang. Katanya, usaha ini adalah inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan untuk melakukan saringan secara percuma. Hasil saringan yang dilakukan, 64 orang didapati positif Covid-19. Semua yang positif terus dipakaikan gelang pink oleh pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban dan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri, selain terus melakukan ujian PCR.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.