Penerima vaksin tidak ikut masa ditetapkan punca PPV sesak
A
A
SEREMBAN - Penerima suntikan vaksin Covid-19 di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja.
Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ini berikutan berlaku kesesakan luar kawal yang terjadi di PPV Hospital UCSI Bandar Springhill di Port Dickson, sehingga tular di media sosial.
Kata Veerapan, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut, namun hal itu di luar kawalan pihak pengurusan PPV Hospital UCSI. Memang betul gambar yang tular di media sosial semalam (Ahad), keadaan terlalu sesak disebabkan mereka datang tidak mengikut masa yang ditetapkan.