SEREMBAN - Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) berharap permohonan mereka untuk menjadi sebahagian daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) diterima sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Setiausaha Agung IMAN, Dr Amir Hamzah Abdul Razak berkata, pihaknya telah menghantar dua kali surat kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 September lalu.