comparemela.com

Latest Breaking News On - Caucus welfare people council the country - Page 1 : comparemela.com

Senat Malaysia Dukung Raja Malaysia Gelar Sidang Parlemen

Pernyataan tersebut ditandatangani Senator Hj Raj Munni Sabu, Ketua Sekretariat merangkap anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Theodore Douglasyang merangkap anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, dan 14 senator lainnya. Kami juga ingin menyatakan kekesalan kami apabila persidangan Dewan Negara yang dijadwalkan bersidang pada 3 hingga 5 Agustus telah ditangguhkan dengan surat pemberitahuan yang pendek tanpa mengikuti peraturan musyawarah Dewan Negara yang betul, kata mereka. Mereka mengaku telah mendapat informasi bahwa hampir semua anggota parlemen termasuk anggota Dewan Negara dan staf telah menerima dua dos vaksin yang membuat kekebalan kelompok (herd immunity) di kawasan parlemen tercapai. Berdasarkan fakta tersebut, kami berpendapat Dewan Negara adalah aman untuk bersidang, kata para senator.Mereka juga menegaskan tidak setuju dengan pembangkangan pemerintah terhadap titah Raja Malaysia dan majelis raja-raja.

RCI akan tingkat semula reputasi TH

RCI akan tingkat semula reputasi TH July 16, 2021 KUALA LUMPUR: Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (LTH) diharap akan menaikkan semula reputasi syarikat konglomerat kewangan Islam utama di Malaysia dan global, kata Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris. Beliau yang juga Pengerusi Kaukus Kesejahteraaan Rakyat Dewan Negara itu berkata, menerusi RCI, LTH dijangka akan memulihkan semula imejnya dan membina kembali identiti pengiktirafan dunia sebagai contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif dalam kalangan negara Islam. Advertisement “Dalam hal ini, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yakin siasatan RCI kelak membolehkan LTH yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam deposit, perkhidmatan dan operasi Haji serta pelaburan dana, akan memberi pulangan kepercayaan yang diyakini kepada lebih 10 juta pendeposit.

Syor lantik Ahli Dewan Negara dalam RCI Tabung Haji

Syor lantik Ahli Dewan Negara dalam RCI Tabung Haji A KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan Ahli Dewan Negara dilantik menyertai keanggotaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, penubuhan RCI itu diharap akan menaikkan semula reputasi syarikat konglomerat kewangan Islam utama di Malaysia dan global. “Menerusi RCI kelak, TH dijangka memulihkan semula imej dan membina kembali identiti pengiktirafan dunia sebagai contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif dalam kalangan negara Islam. “Dalam hal ini, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yakin siasatan RCI kelak membolehkan TH yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam deposit, perkhidmatan dan operasi haji serta pelaburan dana akan memberi pulangan kepercayaan yang diyakini kepada lebih 10 juta pendeposit,” katanya

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.