1,000 kotak bantuan ke Pulau Redang, Perhentian
A
PUTRAJAYA -
[DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,000 kotak bantuan bernilai RM250,000 sedang dalam perjalanan ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Sani Araby Al-Kahery berkata, bantuan itu akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas susulan penutupan sektor pelancongan akibat pandemik Covid-19. Kita telah mengenal pasti 700 keluarga yang memerlukan bantuan ini, katanya ketika ditemui pada pelepasan Misi Bantuan Ihsan: Panggilan Pulau ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian di sini pada Khamis.
Menurutnya, bantuan tersebut merangkumi 500 set lampin bayi, dan 500 set susu pelbagai serta bantuan asas lain. Biarpun bantuan ini bukanlah segalanya namun sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga di sana, katanya.