UMNO tidak calonkan Zahid sebagai PM
A
A
SHAH ALAM - UMNO tidak mencalonkan presiden parti, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebagai perdana menteri yang baharu kerana mahu memberi ruang kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menumpukan kes di mahkamah.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Zahid yang akan mencadangkan beberapa nama lain untuk diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Menurutnya, UMNO tidak ketandusan pemimpin seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta ramai lagi yang berpengalaman luas sebagai anggota Kabinet.
“Presiden UMNO sudah menyatakan bahawa beliau berjiwa besar untuk tidak dicalonkan selaku perdana menteri kerana mahu menumpukan kepada membersihkan namanya di mahkamah.