SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar kerajaan untuk meluluskan usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat pada 7 September depan. Ketetapan ini dibuat memandangkan tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri baharu.
News - 09 08 21 Perutusan Tahniah sempena Hari Kebangsaan jpm.gov.bn - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from jpm.gov.bn Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Keabsahan PM, PN ditentukan di Parlimen September depan
A
SHAH ALAM -
[DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk kekal memimpin negara buat masa ini.
Bagaimanapun, satu usul undi percaya terhadapnya akan dibentangkan di Parlimen ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September ini bagi membolehkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.
Menurut Muhyiddin, cadangan itu telah disembah maklum kepada di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.