LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama tujuh kru selepas didapati menangkap ikan di kawasan larangan pada kedudukan 3.0 batu nautika tenggara, Pulau Chorong, Langkawi, pada pagi Ahad. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut ditahan menerusi rondaan rutin Op Benteng dan Op Aman sekitar jam 3.49 pagi. Menurutnya, semasa dikesan bot tersebut sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan dengan menggunakan pukat tunda.
GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan disyaki menggaji kru warga asing tanpa kebenaran di kedudukan 4.0 batu nautika barat Kuala Muda, pagi Jumaat.