comparemela.com

Latest Breaking News On - Body act immunization - Page 10 : comparemela.com

Hati-hati maklumat tidak benar pemberian vaksin: MCMC

Hati-hati maklumat tidak benar pemberian vaksin: MCMC A A CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin. MCMC berkata semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing. Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi, menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Jumaat. Telah tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin itu untuk memberikan mak

Waspada maklumat palsu pemberian vaksin

Foto hiasan. CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin. MCMC berkata semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing. Advertisement “Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini. Telah tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin itu untuk memberikan maklumat peribadi.

Lebih 30 PPV skala besar dibuka sebelum 19 Julai

Lebih 30 PPV skala besar dibuka sebelum 19 Julai A A SHAH ALAM - Kerajaan akan membuka lebih 30 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi berskala besar di seluruh negara sebelum 19 Julai ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pembukaan pusat itu akan diselaraskan Protect Health Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF). Beliau berkata, penyelarasan yang dikendalikan ProtectHealth iaitu syarikat tidak berasaskan keuntungan milik penuh KKM itu diyakini mampu mempercepatkan proses pemberian vaksin di negara ini. Keseluruhannya, sebanyak 1,230 PPV telah diwujudkan di bawah ProtectHealth sehingga kini. Dengan kewujudan semua PPV ini, ia akan menyumbang kepada 162,822 dos setiap hari, sebagai tambahan kepada PPV yang dikendalikan KKM bermula hari ini, 6 Julai 2021, katanya ketika melancarkan Laporan Peka B40 2019- 2020 secara maya pada Selasa.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.