Foto BH oleh JASON QUAH
SEBILANGAN penduduk daripada beberapa blok di Tiong Bahru dilihat memasuki sebuah astaka bagi menjalani ujian swab Covid-19 wajib pada pagi Sabtu (26 Jun).
Ini setelah 13 penduduk daripada tiga isi rumah di Blok 66 Eng Watt Street didapati positif koronavirus itu, dengan Kementerian Kesihatan (MOH) berharap dapat membendung penularan dalam masyarakat yang lebih luas dan belum dapat dikesan.
Cik Janine Stein, 59 tahun, seorang penerbit dalam industri hiburan, adalah antara yang pertama menjalani ujian itu selepas operasi ujian bermula 9 pagi.
Beliau berasa bimbang setelah mendengar tentang beberapa kes di bloknya, terutama kerana tidak jelas bagaimana kes itu dapat dikaitkan atau bagaimana penularannya berlaku.
Covid-19: 2 kelompok baru di CGH, Henderson Crescent; kakitangan SGH antara 20 kes baru, Berita Setempat beritaharian.sg - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from beritaharian.sg Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.