GEORGETOWN - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan bermula pada Isnin ini seperti dijadualkan. Yang di-Pertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco kerajaan negeri yang sudah menjalani saringan Covid-19 disahkan negatif.