KELUARGA
June 29, 2021
Bebanan dan kesusahan hidup yang ditanggung akibat setahun berperang dengan pandemik Covid-19, kini semakin ramai terjejas teruk dari segi sumber pendapatan. Ada yang terpaksa mengikat perut dek kerana hendak makan pun terasa susah. Lantaran itu, ada keluarga yang terpaksa meminjam wang pada keluarga terdekat untuk membeli barang dapur, ada juga yang meminjam beras dari jiran bahkan ramai juga telah diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar duit bulanan. Semua ini cukup memeritkan untuk ditanggung.
Pun begitu, bila ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yassin baru-baru ini, dapatlah menarik nafas lega. Antaranya bantuan yang boleh dimanfaatkan adalah bilamana KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra.