comparemela.com

Latest Breaking News On - Basic counseling the country - Page 1 : comparemela.com

Sedia ganding bahu tangani isu kesihatan mental

Sedia ganding bahu tangani isu kesihatan mental June 29, 2021 DEWAN Ulamak PAS Pusat menyokong penuh langkah-langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat yang semakin kritikal berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Satu keperluan mendesak penglibatan semua kementerian dan agensi yang berkaitan dalam menangani isu ini selain langkah-langkah intervensi sosial diperkemaskan dari semasa ke semasa. Usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah mewujudkan Dasar Kaunseling Negara dalam mengekang isu kesihatan mental dengan memperkukuhkan perkhidmatan kaunseling merupakan satu langkah yang tepat. Apatah lagi, perkhidmatan Talian Kasih yang beroperasi 24 jam juga mendapat respon positif daripada masyarakat. 

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.