comparemela.com

Latest Breaking News On - Banjir kilat - Page 3 : comparemela.com

Perak mohon bantuan khas baiki ban RTB pecah

BAGAN SERAI - Kerajaan Perak memohon peruntukan khas sejumlah RM800,000 untuk membaik pulih ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah yang menjadi punca banjir di sekitar Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, permohonan itu telah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membina segera dua lokasi ban yang dikesan pecah pada Jumaat.

Mangsa banjir di Perak, Kedah meningkat pagi ini

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Kedah meningkat pagi ini, susulan bencana banjir yang berlaku sejak Rabu. Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas banjir di tiga daerah meningkat kepada 149 orang pagi ini berbanding 99 orang semalam.

Raja Muda Kedah berkenan tinjau kesan kepala air

YAN - Raja Muda Kedah, Tunku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan meninjau keadaan dan kesan fenomena kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun dan Seri Perigi, di sini pada jam 9.45 pagi Sabtu. Baginda menerima taklimat daripada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah di Dewan D’Yan Chalet berhubung operasi dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan sejak Rabu lalu bagi membantu penduduk setempat.

Empat kesan runtuhan dikesan pada gubir Gunung Jerai

YAN - Sekurang-kurangnya empat kesan runtuhan besar dikesan pada gubir Gunung Jerai yang menyaksikan kejadian kepala air berlaku di gunung tersebut, dekat sini pada Rabu lalu. Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Dr Ferdaus Abdullah berkata, bagaimanapun penelitian secara terperinci masih dilakukan oleh pihaknya dalam mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Bencana banjir besar harus dijadikan iktibar: Sultan Kedah

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan dukacita terhadap tragedi banjir besar akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai, pada Rabu. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Bakar Din berkata, baginda berharap tragedi itu menjadi iktibar kepada semua pihak supaya menghargai khazanah alam semula jadi serta memulihara alam sekitar.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.