KULAI- Seorang wanita dan tiga rakan lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki yang juga rakan mereka. Tertuduh, Mohd Hafize Mohammad Kassim, 36, Noorhaszieda Hassan, 32, Awalludin Abdul Hamid, 54, dan Tan Wei Cong, 25, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.