Tak Perlu Modal Besar, Guna Bahan Semulajadi Untuk Rawat Rambut Gugur mingguanwanita.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from mingguanwanita.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Mingguan Wanita
July 15, 2021
Golongan wanita seharusnya sentiasa menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan gaya hidup aktif. Ini kerana kesihatan yang baik harus disertakan dengan senaman dan bukan sekadar menjaga pemakanan yang seimbang.
Begitu juga yang diamalkan oleh Haslinda Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Intan, 42. Walaupun Pandemik Covid-19 namun Intan tetap bersenam di rumah.
Sumber Foto: Koleksi Peribadi Intan
Kenangan sewaktu sertai larian.
Bersenam Kekalkan Berat Badan
Wanita ini akui berat badannya dulu sekitar 56kg, sekarang 53 hingga 54kg dan berusaha untuk mengekalkan berat badan tersebut. Dia tidak pernah mengalami masalah berat badan Cuma kini dia berasa selesa kerana badannya lebih ‘fit’ berbanding dahulu.