Effective 23 July 2023, Japan’s Ministry of Economy, Trade and Industry (“METI”) imposed export regulations on 23 types of advanced semiconductor manufacturing equipment. The new rules.
CEO Industri Tenaga Angin Terkemuka Menyeru G20 Supaya Memandang Serius Tentang Tenaga Boleh Diperbaharui
USA - English
Share this article
Share this article
BRUSSELS, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ CEO industri tenaga angin global terkemuka telah bersatu dalam menyeru anggota G20 supaya menunjukkan kepemimpinan dalam krisis iklim dengan meningkatkan matlamat kebangsaan dan menggariskan rancangan kukuh untuk meningkatkan pengeluaran tenaga angin bagi menggantikan bahan api fosil.
Sebagai mewakili Gabungan Tenaga Angin Global untuk COP26, 23 orang CEO telah menghantar surat terbuka kepada pemimpin G20 yang mengakui bahawa walaupun beberapa kemajuan telah dibuat dalam peralihan tenaga, namun ikrar sifar bersih semasa dari negara-negara G20 masih meletakkan dunia pada laluan pemanasan global dengan kadar 2.4C yang jauh lebih tinggi daripada suhu yang diperlukan untuk mengelakkan kesan buruk akibat perubahan iklim.