PETALING JAYA - Seorang pekerja sebuah syarikat pembentungan menarik nafas lega apabila terselamat dalam kejadian runtuhan tebing dan tanah di Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka di sini pada petang Rabu. Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu, dia bersama beberapa rakannya menjalankan kerja pembaikan paip pembetungan di lokasi berkenaan.