GEORGETOWN - Saya orang kerajaan, itu kenyataan ringkas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah ketika ditanya mengenai cadangan rentas parti yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI) berkata, beliau akan tetap setia dan taat kepada kerajaan yang sedang memerintah pada waktu ini.