âMinta Nak Anak Lelaki, Buat Teman Pergi Solat Jumaat â- Lan Solo Ceritakan Doa Depan Kaabah, Mohon Dikurnia Seorang âHeroâ
July 16, 2021
Penyanyi dan usahawan, Lan Solo mendedahkan dia pernah memanjatkan doa kepada Allah SWT di tanah suci Mekah semoga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof memberitahu, doa tersebut dipanjatkan selepas sudah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Atas rezeki dan izinNya, Lan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Akid Qassyaff, yang kini sudah mencecah usia 6 tahun.
âPernah doa mintak kat Allah nak anak lelaki lepas Qaleesya & Qeesyara, betul2 doa depan Kaabah. Memang mintak hero sorg, buat teman pi solat Jumaat kat masjid. Alhamdulillah ALLAH BAGI Muhammad Akid Qassyaff.