Strategi untuk peniaga kecil terus bertahan
July 28, 2021
PUTRAJAYA: Tatkala sebilangan besar peniaga terpaksa ‘tunduk’ kepada pandemik COVID-19, segelintir usahawan kecil di sini masih mampu bertahan selepas mengubah strategi perniagaan selain mempunyai semangat juang yang tinggi.
Seorang daripada mereka, Siti Rafitah Rakhimi, 37, yang mengusahakan trak makanan di Presint 14 di sini, sedar beliau tidak boleh lagi bergantung pada kaedah itu semata-mata jika mahu piza jenama sendiri yang dibangunkannya, Alla Piccola Italia (API), terus bertahan.
Justeru, seperti ribuan usahawan yang lain, beliau beralih kepada perniagaan dalam talian dengan pasaran bertumpu di sekitar daerah ini dan juga Cyberjaya.
Advertisement
“Sebelum COVID-19, saya beranggapan tapak berniaga seharusnya mempunyai ramai pelanggan. Namun, pandangan itu berubah semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) apabila semua tempat mengalami kesan sama akibat daripada wabak tersebut,” katanya kepada