MELAKA - Seorang guru agama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan pelajarnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), minggu lalu. Tertuduh, Mohamad Haslam Abdul Salam, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.