KUALA LUMPUR - Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94.1 peratus atau 22,017,043 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.