KUALA PERLIS - Orang ramai yang berkunjung ke Langkawi, Kedah dengan menggunakan perkhidmatan feri di Terminal Feri Kuala Perlis diwajibkan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya melakukan pengawasan ketat di Terminal Feri Kuala Perlis bagi memastikan bahawa tidak berlaku pelanggaran SOP.